Tahniah.

Teruknya Lim Guan Eng rosakkan ekonomi Malaysia

Antara jawatan Menteri yang saya tunggu-tunggukan ialah siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Pada mulanya, saya ingatkan jawatan ini akan dijawat oleh orang politik.

Tapi, jangkaan saya meleset. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik seorang yang pakar dalam bidang kewangan, ekonomi dan perbankan iaitu YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, CEO CIMB Bank sekarang ini.

Maka dengan ini, kita boleh lihat begitu teruknya ekonomi Malaysia yang ditinggalkan oleh Lim Guan Eng, seorang akauntan bertauliah yang palsu.

Lim Guan Eng telah merosakan keseluruhan sistem percukaian di Malaysia apabila memansuhkan GST. Kemudian LGE memperkenalkan cukai yang tidak masuk akal dan tidak kena dengan masanya seperti cukai gula dan cukai digital.

GST ini sangat penting sebagai penampung apabila harga minyak mentah dunia turun. Malaysia amat terkesan apabila harga minyak jatuh mendadak kerana minyak merupakan salah satu hasil pendapatan negara yang penting. Apabila GST tiada, dan harga minyak pula jatuh. Kantung kerajaan pastinya akan terjejas.

Lim Guan Eng juga telah menambahkan hutang langsung Malaysia lebih kurang RM 100billion daripada RM 686 billion kepada RM 800 billion.

GDP merupakan satu penunjuk ekonomi juga mencatatkan kemerosotan di bawah 5.0% berbanding pentadbiran sewaktu zaman Datuk Seri Najib Razak. Paling teruk sekali adalah GDP pada suku tahun ke-4 2019. Negara Malaysia mencatatkan GDP terendah sepanjang 10 tahun iaitu pada kadar 3.6%!

LGE juga meranapkan kutipan hasil kerajaan Malaysia apabila menggunakan PETRONAS sebagai kambing hitam untuk Belanjawan 2019 apabila memerah dividen PETRONAS sebanyak RM 54 billion.

Lim Guan Eng juga mengumumkan Belanjawan 2020 dengan anggaran purata harga minyak pada USD 62 setong. Tapi hari ini, minyak Brent turun pada kadar USD 35 setong. Kemungkinan hampir separuh hasil negara berkaitan minyak akan merosot.

Tidak lupa juga penjualan aset negara lebih kurang RM 30 billion. Tak lupa juga bagaimana LGE merosakkan Tabung Haji dengan menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) untuk mengambil aset berharga daripada Tabung Haji.

Begitulah bagaimana teruknya LGE telah merosakkan ekonomi Malaysia.

Malah kita boleh lihat, Perdana Menteri Malaysia terbaru ini terpaksa melantik orang yang betul-betul pakar dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan supaya dapat memperbaiki kerosakan yang Lim Guan Eng telah tinggalkan.

Apapun tahniah kepada YBM Tengku Dato’ Zafrul atas perlantikan menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Semoga urusan Dato dipermudahkan.

Sekian.

cnp